amizansays

Thursday, July 3, 2008

Salah laku pelajar IPTA lebih menjurus khalwat

KES salah laku penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini yang membabitkan perundangan lebih menjurus kepada kes khalwat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata berdasarkan rekod kementerian, 111 penuntut terbabit dengan kes khalwat pada 2006 dan 63 kes pada tahun lalu.

Beliau berkata, rekod juga menunjukkan kes salah laku penuntut hanya berkaitan pelanggaran peraturan kampus dan tatatertib penuntut seperti melanggar peraturan kampus, penyelewengan akademik seperti meniru, membawa nota ketika peperiksaan dan memplagiat serta kesalahan lalu lintas.

“Seramai 861 penuntut dikenakan tindakan tatatertib di seluruh IPTA, manakala jumlahnya menurun kepada 522 tahun lalu,” katanya menjawab soalan asal Zainal Abidin Ahmad (PKR-Hulu Selangor).

Mohd Khaled berkata, kementerian sudah mengambil langkah proaktif dari segi pencegahan dan pemulihan bagi menangani masalah sosial dan tatatertib yang membabitkan penuntut IPTA, termasuk mewujudkan kerjasama dengan bahagian keselamatan institusi berkaitan dan polis bagi memantau aktiviti penuntut selain menjalankan pameran keselamatan di IPTA tempatan.

1 comments:

Jac said...

Betul2..contoh dekat,univeriti yika skg.. xperlu cakap la KOlej@universiti mana. beberapa bulan lepas 2 pelajar telah dibuang pembelajaran @ kolej di atas membuat video lucah dan tersebar sehingga kepengetahuan atasan dan mereka membuat tindakan tegas ke atas 2 orang pelajar ini..huhuhu.